Tempat: Nihongo no kyoushitsu.
Aktiviti : Buat 'hachimaki'
Mukaddimah: Dapat je buku teks ninensei, terus belek dari kulit ke kulit. Ternampaklah aktiviti membuat hachimaki.
"...menarik ni! boleh buat dengan budak...kalau diorg buat lawa, boleh jual~ "Maka bermulalah congak-congak berapa panjang kain nak beli. Akhirnya dapatlah beli kain putih/kain kapan sepanjang 6 1/2 meter dengan harga RM15 (kalau salah edit kendian). Pastu cetak besar-besar perkataan untuk hachimaki...biar yang bagi semangat! (memang itulah tujuan pakai hachimaki). Pastu gi beli cat ..adoyai..ingatkan kat Giant ada, takde rupenye~ hampagas betul! Pergi pulak kedai Kit amendentah.. takde pulak warna merah terang..hampa lagi. Pergi Mydin la pulak...merah ada, hitam pulak takde...amiklah biru. Beli jugak berus kot-kot ada yang nak guna nanti.
Ok, dah siap semua bahan...bagi arahan ringkas..mulalah diorang bekerja... Yosh..minna gambarou!
*masing2 ukur hachimaki kat kepala, pilih tulisan apa..
*kain lebih...simpan utk yg tak dtg.
*proses menulis
*siTukang gunting; Matin-kun & Aiman-kun..otsukaresama~
*siTukang tulis; Zi Jian-kun..otsukaresama~